Kau tahu?
Pengalaman lama berteman dengan kawan.
Sudah cukup menjadikan aku manusia keras hati.
Perit sungguh apabila ditikam.
Sakitnya tidak terlawan walau dihunus pedang, disiat parang tajam, dirobek kasar.
Tanpa belas, tanpa simpati, tanpa empati.
Jerih perih aku mempertahankan hubungan,
rupanya sia-sia.
Ya.
Terasa diperbodohkan.
Ah, bukan diperbodohkan!
Memang aku yang bodoh.
Bodoh berkawan!
Ah, itu cerita lama.
Tiap yang datang sekarang aku layan sama.
Ada yang sayang, namun berpada.
Tidak lagi mahu kisah lama berulang.
Kau datang, kita berkawan.
Kau pergi, aku tidak menahan.
Sekarang ditikam juga.
Namun pengalaman lama berteman sudah cukup menjadikan aku manusia keras hati.
9/11/22 09:34