Penat sungguh menjamah rencam ragam dunia.
Mahu mengeluh, lupa pula beginilah adat buana.
Hidup tak pasti bagaimana masa hadapannya.
Hitam merah jalan ini menyaratkan bebanan.
Kadang tak terluah suara sukma.
Sudahlah buta, menggagu pula.
Sudah picik, dikhianat pula.
Dibelit wayar, dijerat umpan.
Mahu diterajang segala tangan kaki durjana itu!
Durjana yang menjatuhkan aku!
Mahu melawan, oh, lupa!
Aku si tempang, hilang sebelah kudratnya.
Lalu, ke mana lagi harus aku pergi jika tidak ke jalan Dia?
Tiada.
Kepada Dia jua kau perlu kembali.
Nescaya sembuhlah luka itu.
Tidak perlu lagi kau menghadap rencam ragam buana yang fana.
Kerana di sana kau dijaga.
Rapi dan teliti.
8/11/22 7:40