Tuesday, May 31, 2022

Best Weekend Gateway: Sunway Lagoon Theme Park



Wah, bukan main permulaan terus tampal gambar besar gedabak.
(Sengaja la nak gebang aku pergi Sunway Lagoon)

So, it started with Athirah asking me randomly: "Nabila, mu nok dok gi Sunway Lagoon?" as in "Nabila, mu kena gi Sunway Lagoon dengan aku!" or "Nabila, aku tanya mu nok gi ke dok Sunway Lagoon, tapi mu kena jawab mu nok gi!" Some sort of that, couldn't say no.

All this talk was four days before the adventure but I bought tickets for both of us on Saturday (we went Sunway Lagoon on 22nd May, Sunday). It costs RM130 per head, inclusive of all parks except Bungy Jump, G-Force X and Go-Kart.


You have to pay extra RM130 for Bungy Jump and G-Force X. 


Kami gerak keluar dari kolej pukul 8.45 pagi. Janji nak gerak pukul 8, dah aku keluar bilik pun pukul 8.30 hahah! Sampai sana, melilau cari kedai makan. Kemudian, beratur 30 minit menunggu pintu masuk buka pukul 10 pagi. 




Si Athirah ini, aku lupa nak bagitahu tak boleh bawa makanan luar masuk ke dalam taman tema. Dia bantai pi bawak roti Gardenia empat hengget dan peanut butter. Al-kisah waktu depa nak cek beg, depa kata kalau tak nak kami ambil, awak kena tinggalkan di luar, boleh sewa locker. Dah menggagau kau sewa locker luar semata nak bubuh roti, hawau ler πŸ˜‚. Tak, ada hati lagi itu dia menambah, "Nabila, kalau aku susuk je tadi bubuh bawoh baju, dia dok perasang pun aku rasa." (susuk=sorok)


Hai, saya Athirah. Walaupun saya terpaksa meninggalkan roti itu, namun dia tetap dekat di hati saya.


Lalu, aku berpaling kepadanya kemudian berkata, padan muka.
Sekian.


Bagi la kami acah ambil gambar bayang, Athirah kata estetik.


Aku kata, Athirah! Ada pelangi! Cepat ambil gambar!


Lepastu yang menyirapnya eskalator depa tinggi, waktu nak turun mula-mula sampai ok lagi. Dah kalau kau kena naik balik tu rasa nak lempang sesiapa yang duk lalu-lalang di situ. Ok, sekian rungutan. Ampun mak, janji tak merungut dah.


They have two size lockers, small and big size. We rent a small size locker at RM25. Generally able to cater three small bags. Ah, just shove more inside. Didn't bother to rent two lockers, waste of money.


Kami rancang nak pergi main kawasan kering dulu, dah habis main, baru masuk kawasan basah. Bendalah ini kau boleh panggil Pirates Revenge tapi sebab aku orang Melayu totok, aku panggil kapal pusing. Pasai depa buat pusingan sehingga 360 darjah wa cakap lu.


Awal-awal kapal ini pusing sampai 170 darjah sahaja, ah aku tak tahulah berapa kiraan sebenar tapi wa cakap lu jangan memberi reaksi seperti, "Lah 170 darjah je." Tak babe, tak. Aku sebagai individu yang gemarkan permainan-permainan gayat turut memohon ampun kepada Tuhan supaya memaafkan dosa-dosa lampau. Gayat seh sebab kapal ini gerakan tak laju, jadi waktu kau ada di atas, kau seolah terapung secara terbalik.


360 darjah wa cakap lu tak percaya.


Kasut gedabak ini nama dia Butch Cassidy Trail dan seperti biasa, ko tahu aku Melayu totok, aku panggil dia benda pusing-pusing. Dah, ko tak perlu pening-pening nak sebut perkataan Inggeris. Benda ini sumpah aku cakap, awal-awal gerak dah laju dan berbukit. Sakit badan aku nak kejungkan sepanjang pusingan.


Kelihatan seperti permainan kanak-kanak, bukan? 😏


Namun, aku mohon, jangan percayakan senyuman dua manusia di atas. Kegembiraan itu hanyalah sekadar muka depan untuk menutup keresahan dan kepala yang sedang kepeningan.


Sebelah Butch Cassidy Trail tadi ada burung duk berpusing ini: Vultures.


Pasaipa aku panggil burung? Pasai depa memang burung. Mengapa kelihatan garang? Vultures ialah burung Nasar Raja. Habitatnya memang pemakan bangkai. Pasaitu kut hang tengok depa garang dan menyeramkan. Asal-usul kelahirannya aku tak tahu, dah jangan tanya aku.


Ko jangan main-main tahu, burung ini ada satu butang yang boleh ditekan untuk mengawal ketinggian. Aku apa lagi...


Memang aku sorang la yang paling tinggi cerita dia. Habis main, ajak Athirah naik lagi, dia tak nak. Kerek seh. Setakat ini, Vultures merupakan tunggangan kegemaran aku di Sunway Lagoon. Walaupun umur sudah mencecah 21 tahun, namun aku masih gemarkan permainan seperti ini. Mengapa tidak?


Harus melakukan gaya pelik ketika bergambar.
Always be extra.


Gaya kali ini tidak pelik namun muka saya yang kelihatan janggal dan sangat tidak emm... cantik?


Aku tak tahu padia nama dalam sijil kelahiran yang didaftarkan pihak Sunway Lagoon namun aku terkilan kerana tidak dapat menunggang sekawan kuda tersebut kerana menyedari bahawa diri ini sudah dewasa, maka, kami berdua hanya mampu melihat lalu pergi membawa diri.


Lari membawa diri nak mengubat kekecewaan konon nak naik Roller Coaster. Lah, Roller Coaster tutup. Terkilan kali kedua. 


Tak, sekarang ini benda ini pun tutup. Padahal aku masuk sini sebab nak main dia😀. 


Jangan tanya kenapa sampai dua keping aku bubuh gambar sendiri. Aku bubuh pasai aku rasa aku cantik.Tapi kan, saja la nak merungut, tangga dia tinggi, penat mak nak naik.


Walaupun mak penat, namun mak tetap perlu bergambar untuk dijadikan sebagai bahan gebang kepada anak cucu di hari tua kelak.


Dah penat naik tangga, ingat dah habis. Lah, jumpa bendalah ini. Pening la ko sensorang situ. Tak sekarang ini kau tahu ke dinding ini berpusing dan membuatkan aku berjalan terhuyung-hayang kerana gagal melawan ilusi cahaya. Penat la mak kalau begini gayanya.


Kira ok la ini dah sampai ke jambatan gantung yang sering digebang-gebangkan oleh orang ramai.


Tak tahu pula jambatannya sebegini rupa. Si Athirahnya gayat. Tak habis merayu suruh patah balik. Mengenangkan pengalaman melalui jambatan gantung yang terkenal perlu disimpan sebagai bahan gebang kepada anak cucu, memang tak aaa aku nak berpatah balik. Memang tak. Ampun ya, Athirah. Perjuangan ini perlu diteruskan atau kita akan diketawakan oleh keturunan masing-masing.



Walaupun aku mengetahui bahawa Athirah sedang ketakutan, namun aku tetap memaksa beliau untuk mengeraskan kakinya supaya aku dapat mengambil gambar ini. 




Aku berhenti untuk mengambil gambar pondok kecil ini namun dimarahi Athirah kerana dia mahu cepat sampai ke destinasi di seberang sana memandangkan dia sedang ketakutan. Lalu, aku berkata, ko diam, aku nak zoom gambar.


Alamak tak cukup dekat la Athirah, kena dekat lagi.


Ok dah dekat. Fungsi ambil gambar? Sebab cantik. Baik, itu sahaja. Ampun sekali lagi ya Athirah kerana aku seolah tidak memahami fobiamu terhadap ketinggian tapi aku perlu meneruskan perjuangan untuk mengumpul sebanyak mungkin bahan-bahan untuk kita gebang kepada anak cucu.





Secara jujurnya aku kecewa dengan kolam Sunway Lagoon kerana aku kira kedalaman kolamnya boleh mencecah kepala aku tapi sebenarnya rendah sahaja. Jika dibandingkan dengan kedalaman kolam di Desaru Coast, aku boleh kata kolam Sunway Lagoon kalah hahah! Jadi, berdasarkan penilaian aku, kolam di Desaru Coast lebih menyeronokkan sebab boleh berenang. Ampun Sunway Lagoon atas penilaian yang berat sebelah.


Dalam perjalanan menuruni tangga, Athirah berkata, Nabila berhenti situ, aku nok ambil gambar. Baik, Athirah. Sebab gambar cantik, maka aku simpan di sini. Boleh buat modal gebang kepada anak cucu dengan berkata, dulu atuk turun gambar pun ada paparazzi tangkapkan gambar.

Apa seh ko mengarut, diam ah.


Nah, Go-Kart. Aku tak kuasa nak bayar sebab ada had masa dan terlalu singkat tempohnya, mak tak kuasa.


Ah, serabutlah engkau punya wayar power bank ini Athirah. Orang nak ambil gambar estetik.


Maka, wayar itu pun dialihkan.


Habis pusing kawasan kering, kami pi kat gelongsor. Ikut dalam gambar, ada tiga laluan gelongsor yang berbeza. Satu dari kiri berkonsepkan Fully Dark, maksudnya engkau masuk ke dalam gelongsor itu memang gelap gelita ya rakan-rakan sekalian. Gelongsor tengah pula berkonsepkan Half Open, separuh awal gelap, separuh akhir terbuka. Hujung sekali mungkin Fully Open, aku tak tahu sebab tak naik gelongsor kanan itu. Kelihatan ringkas dan tidak menakutkan ya kawan-kawan tapi aku percaya ko punya jeritan akan berada pada skala 8/10.


Vuvuzella ini gelongsor yang paling aku teruja nak naik. Muatan satu pelampung boleh masuk lima orang. Memandangkan kami hanya berdua maka life guard gabungkan kami dengan lagi tiga orang yang tidak dikenali secara rawak. Bantai lah nak, asal boleh naik.


Skala jeritan? 9/10. Awal-awal tak menyeramkan. Aku macam, hak elah ini je ke? Nah kau, sekali dia turun terjunam. Ha baru kau tahu langit itu tinggi atau rendah. Bahana memperlekehkan skala keseraman. Kau bayang, badan aku sampai terangkat tak jejak tanah.



Gelongsor ini kau boleh panggil Conggo Challenge.


(Patik mohon ampun tuanku Athirah kerana menggunakan gambar tuanku.)
Cara main, kau perlu meniarap di atas pad biru ini dan turun menggelongsor. Skala keseronokan? 10/10! Kami main berulang-ulang kot! Walaupun pada penghujungnya hidung dan mulut masing-masing dimasuki air sehingga menyebabkan kepedihan, namun keterujaan mengatasi segalanya!

Banyak lagi gelongsor lain yang aku main tapi tak ambil gambar sebab simpan telefon di dalam almari berkunci (baca: locker). Boleh je engko nak ambil gambar tapi berkemungkinan besar akan menanggung risiko kerosakan telefon kerana dimasuki air dan dikhuatiri tercampak. Sedih betul ya bila kau tak ada waterproof case.

Flying Fox pun aku bantai paksa si Athirah walaupun tahu dia takut. Gambar? Nehi babuji. Tak mahu cerita panjang sebab meninggalkan memori hitam pasai life guard depa, kami menyifatkan mereka sebagai orang yang mengambil kesempatan. Gangguan seksual? Mungkin.


Kemudian, berhenti bermain untuk melantak kerana kelaparan. Kau nampak ada dua ketul paha ayam, itu aku punya. Minta bahagian thigh sebab tak makan dada tapi depa tak ada stok. Paha ayam merupakan pilihan terakhir. Kenyang ke? Tak kenyang nyah. Aku pi bantai beli Chicken Wrap di Hot n' Roll. Oh, ya. Aku baru tahu menu makanan kedai di dalam Sunway Lagoon berlainan dengan kedai yang sama yang bertapak di luar Sunway Lagoon. Sedih betul mengidam nak bubur pedas Marry Brown tapi depa tak jual.

Selesai melantak, ingat nak sambung main. Sekali dah penat. Aku mengaku kalah tetapi badan Athirah masih mempunyai bateri sebanyak 60%. Namun, Athirah terpaksa menuruti aku yang sudah membersihkan diri untuk pulang ke pangkal jalan.


Siap tukar baju, kukira sudah bersedia untuk pulang ke pangkal jalan seperti sirih pulang ke gagang. Eh, tiba-tiba termasuk ke Scream Park. Ter ya kawan-kawan, ter...



Seram tak seram, sempat jugaklah si Athirah ini terpijak kaki orang depan. Awal-awal aku macam tenang je hak elah ikan jerung je pun. Sekali masuk bahagian zombi, menggelupur aku berlari.


Baik, kami berdua sudah bersedia untuk kembali ke pangkal jalan. Kali ini sudah tiada ter ter yang seangkatan dengannya lagi.


Thank you Athirah Sapikah for inviting me after everyone else said no.
Okay tak tak, gurau.

Nevertheless, I enjoyed the adventure to the fullest!


Tak, cerita dia sekarang ini kenapa aku boleh lupa nak naik Wagoon Wheel ini ah stress la mak.