Sunday, November 27, 2022

#7 CURHAT: Dalam Tenung

Dalam tenung bukan yang di depan.
Namun, berlegar luas seluruh alam.
Melayang jauh ke serata paksi.
Menerawang tinggi mencecah langit.
Laut dan darat.
Rimba dan lapangan.
Gunung dan dataran.
Semua kutempuh.

Itu yang aku kata;
Duduknya di serambi.
Mindanya sudah di gunung Fuji.

Bukan apa,
Memikir hidup yang kadang kabur.
Tak jelas mata memandang.
Sesat kelam di celah alam.
Kerana itu aku mencari.
Menjinjing titian membelah lautan.
Hanya untuk mencari seutas benang.
Buat jadi pegangan menuju jalan pulang.

29/11/22 19:08