Sunday, March 5, 2023

Going to Penang on Semester Break, Why Not?

Assalamualaikum.

Mak kau ni nyah dah lama nak pergi Penang, sejak musim PKP haritu lagi mak dah menggelupur nak ke sana tapi tak ada geng yang free nak main Escape Park. Orang lain cuti, aku tak cuti. Tang aku cuti, orang lain pulak tak cuti. Kau rasa aku tak hangin ke. Jadi, untuk cuti pertengahan semester ni aku dah heboh siap-siap kepada sanak-saudara dan rakan taulan bahawa aku akan pergi ke Penang. Siapa nak ikut, bagitahu siap-siap. Senang nak buat urusan pembelian tiket dan sebagainya. Sesiapa yang menarik diri dan baru nak bunyik nak ikut pada saat-saat akhir akan digigit. Masih dilayan tapi disertai dengan emosi hahah!

Sebenarnya mak risau nak masuk Escape Park waktu cuti sekolah ini, mak tak suka la nyah berhimpit-himpit dengan lautan manusia. Mak rimas nyah, serabut. Tapi, hajat hati perlu ditunaikan jika tidak mahu menggelupur di kemudian hari.

Mak ke Penang pada hari Rabu hingga Jumaat, 22-24 Februari. Jika tak mengenangkan jemputan kenduri senior sekolah menengah yang diadakan pada hari Sabtu, memang aku berkampung di situ sampai Ahad. Rancangan awal nak gerak pada 4 pagi dan solat Subuh di RnR Banjaran Titiwangsa. Kalau gerak awal, sampai awal, bolehlah mengular lama di Penang nun. Jauh nyah dari Kelantan ke Penang, gerak lambat memang sampai lambat. Tambah pula musim cuti sekolah, aku takut jalan jem. Beria je nyah nak gerak 4 pagi, sudahnya kau gerak 5:15 juga. Bahana tidur lewat pada malam hari. Nasib baik pukul 10 pagi tu dah sampai sana.


Wah kemain gambar nak dari pandangan sisi je. Penat mak kawal rahang nak sorok lemak dagu daripada terjojol. Kalau tak, nanti orang tahu berat mak berapa ni nyah.


Kami pi Batu Feringhi dulu pasai nak makan dulu, ceq kebuluq dari 4 pagi sampai 10 tak dan nak makan pasai ceq tiduq tejejeh ayaq liuq.

Melampau loghat utagha mak. Tapi, betui. Lapar. Mak kita dah siap-siap masak cikmak dari rumah. Sambal masak lemak mak kita mashin sikit tapi kita makan je sebab kita suka mashin. Kita tak komplen pun, kita bagitahu je.


Sebelum makan, ambik gamba lu. Sebab dalam gambar ini tadak muka aku, kita letak gambar dia kecik je. Kalau gambar aku haruslah sebesar alam.


Contohnya, gambar ini. *emmm bang, kenapa perlu interframe gambar saya ya? (rujuk gambar di atas)


Bagi la mak peluang fefeeling watak utama di situ. Bukannya mak selalu pun datang sini.


Perempuan ini sememangnya menyebalkan. Orang nak tangkap gambar laut, bukan kau. Ingat comel la tu?


Banyak-banyak gambar, ini sahaja yang paling boleh diterima. Gambar lain hanyalah untuk tatapan keluarga dan rakan-taulan sahaja kerana aksi masing-masing sangatlah tidak senonoh dan tidak menggambarkan wanita-wanita Melayu. Bukan sahaja tidak menampakkan ciri-ciri perempuan Melayu terakhir, malah berkelakuan seperti wanita akhir zaman.


Macam yang aku cakap tadi, kalau tak terpampang muka aku sebijik dalam gambar tu, kita taruk yang paling kecik di sini. Nak besar, bayar.


Aku taktau mak aku pergi riki macam mana dengan orang bot sampai dia bagi pusing ke tengah laut nun selama 30 minit. Ke memang ada servis ini tapi aku yang tak tahu? Bayaran jangan tanya sebab aku tak keluar duit hahahah!


Pandai tau pakcik ini, nampak je kamera aku tala ke dia, terus dia kalih ke lain. Ajet-ajet angat.


Pakcik tetap steady walau dipukul ribut jiwa, meredah ombak jauh ke tengah lautan.



Rupa gambar pun dah serupa pengantin baru. Padahal nak tangkap gambar dengan batu belakang tu je.



Pakcik sangatlah baik sebab berhenti di tempat-tempat yang instagram-worthy. Kita tak mintak pun tapi dia sendiri yang berhenti suruh tangkap gambar cantik-cantik.




Tengah-tengah laut ada kapal ini, sumpah teringat cerita Pirate of The Caribbean.


Nampak macam santai kan? Jangan terpedaya wahai sahabat sekalian. Itu hanyalah lakonan semata-mata. Di sebalik layar, hanya Tuhan dan mereka yang berada di atas bot menjadi saksi kepada huru-haranya kain baju masing-masing mengibar-ngibar dan hampir mendedahkan apa yang ditutup.


Pakcik tu beria duk tunjuk-tunjuk ada orang main parachut tapi tak perlahankan bot pun. Kita ini dah serupa lembu terkial-kial nak ambil gambar. Sudahnya, ini hasilnya. Nasib baik lawa.



Sayonara pakcik! Kembalilah dikau ke habitat asal, pulang mencari rezeki demi semangkuk sup ayam, seperiuk nasi beras merah, sedulang ulam-ulaman dan dua jag air sirap ais.

Walaupun mak pening nak termuntah lagak ibu mengandung yang mengalami alahan pada trimester pertama tapi mak sangat seronok.



Syok tengok orang naik parachute. Tak dapat naik, tengok pun dah cukup gumbira.

Masuk kereta, tidur.


Seterusnya, kita ke Jeti.... Jeti apa, lupa nama. Jap, Google.

Hah jumpa.

Chew Jetty, Georgetown.


Antek tak ittew ambek gambar. Fisha kata muka aku menyeramkan senyum macam tu.


Baik, mak cuba untuk kelihatan innocent.


Mak juga cuba untuk berpura-pura tidak menyedari ada orang tangkap gambar mak.


Ajet-ajet merenung masa hadapan la tu?


Padahal depan mata kau ada benda ini je kan? Noob.


Wah, kaki nak gaya model je.

Ambik gambar di jeti ini lawa tapi aku tak pandai main lighting dan cari angle yang enlighten the the the what we call what we call... you know what i mean what i know you know.
Beli kamera tapi tak reti main setting manual buat apa 😭





Kat hujung jeti ada kedai jual air buah Markisa. Sebotol RM8 tak silap. Kedai dia lawa, ancient vibe sangat.


Group photos harus ada tapi masing-masing berkelakuan seperti monyet. Tiga gambar di atas yang paling elok dah tu aku pilih.


Fisha marah berswafoto tinggi-tinggi ceni, dia cakap serupa makcik-makcik jaman now.


Lagi dia larang, lagi tinggi aku angkat.


Komplen orang, yang kau depan tokong orang semayang pun kau posing, tak apa pulak?

Guru kencing berdiri, anak murid kencing berlari.

Guru tu engkau.

Kbai.


Oh, ya. Kami menginap di Aurora Apartment di Georgetown selama 3 hari 2 malam. Boleh sumbat 6 orang dan tak berhimpit pun. Selesa dan harga sangat berpatutan.


Pada malam hari, kami keluar mengambil angin di Padang Kota Lama/Esplanade. Angin malam situ syok wo. Paling best ada kedai makan yang penuh sesak dengan lautan manusia, pakej sekali dengan bau hanyir kalau kau duduk dekat dengan longkang.

Ada peniaga situ tanya, berapa orang dah dapat jodoh malam ini.
Nak je aku jawab, bang, jangan kata jodoh, saya pakwe pun tak ada.


Kita tutup cerita hari pertama dengan sekeping gambar Hafisha Wan Klebang.

Cerita hari lain kita sambung dalam entri seterusnya. Cerita pergi Penang tiga hari nak sumbat dalam satu entri je, memang tak a...

Memang tak.