Assalamualaikum.
Sebagai anak Melayu yang membesar dalam keluarga yang sering mengembara dan menjelajah dunia, ceruk mana je yang kau tak pergi. Tapi destinasi utama pelancongan di ibu kota negara sendiri pun aku tak pernah jejak. Memalukan sungguh. Manakan tidak, apabila ditanya mengenai Muzium Negara, Pasar Seni, Tugu Negara dan Pintasan Saloma, boleh tak kau terkial-kial nak jawab.
Maka aku mengambil inisiatif untuk menjejakkan kaki ke tempat-tempat tersebut dengan harapan apabila anak cucu bertanya kelak, aku dapat menceritakan pengalaman sendiri dan selok belok sejarahnya. Namun, indah perancangan daripada pelaksanaan. Baru pusing kawasan Pasar Seni sudah menggagau mahu mencari jalan pulang. Penat seh. Jangan kira lah kau beria menjamah sarapan pagi dengan niat mengumpul tenaga untuk menapak jauh di sekitar Kuala Lumpur.
Sarapan bukan main nak yang gah-gah sahaja. Tapi sempat jugaklah nak termuntah paksa minum habiskan air kerana aku perlu membekalkan badan sebanyak mungkin tenaga. Padahal...
Oh, iya! Sebelum itu, aku menonton filem Mat Kilau yang sering digembar-gemburkan oleh masyarakat pada masa ini. Walaupun sudah agak terlewat tapi siapa kisah? Tapi nak menggempakkan cerita, aku seorang sahaja yang berada di dalam panggung itu!
Lihatlah! Panggung ini aku yang punya! Walaweh... Pada awalnya, aku berasa amat janggal kerana berseorangan di dalam panggung yang besar. Cerita-cerita hantu yang pernah ditonton sebelum ini mula terbayang dan membayangi fikiran. Namun, kugagahkan jua untuk mengikuti perkembangan semasa.
Baik, kita lupakan cerita Mat Kilau. Kita kembali kepada tujuan asal karangan ini.
Jangan tanya aku sejarah Pasar Seni. Aku tak tahu.
Namun, lihatlah binaan-binaan klasik di dalamnya.
Menggamit kenangan lama bukan?
Sepanjang laluan di tingkat bawah, ada papan lukisan doodle hitam putih yang saaaaaaaangat panjang. Kalau ada pensel warna di tangan, waktu itu juga aku akan warnakan setiap lukisan yang ada. Barulah berseni.
Aku paling suka benda ni, 2D miniature. Rasa nak cabut bawa balik.
Walaupun tak banyak input yang aku boleh kongsi tapi bolehlah kalau setakat nak buat bahan gebang kepada sanak saudara dan rakan taulan.
Sebelum pulang, makan lagi.
Lagi...
Bukankah paha ayam itu kelihatan sangat menggiurkan?
Oh, dan lagi!
Tujuan utama pembelian keju bersalut tepung hanyalah untuk melakukan aksi ini.
And it turns out my initial plan to play tourist in Khuelley Lumperrr has been a 'Majlis Jamuan Makan'.
Ah, tidak mengapa. Bukanlah pengetahuan yang aku cari pada dasarnya kerana aku hanya mahu mencipta kenangan, untuk diimbau memori itu pada hari tua. Usai dimamah usia, itulah bayangan yang tersisa. Andai terlupa, karangan ini yang akan dibuka.
Terpuitis pula di petang hari.
So, that's all for today.
Thank you!