Saturday, July 30, 2022

Quick Catch Up with Long-lost Friend

Well, it's not that really long-lost friend. It's just that we haven't met for about a month hahah! We can barely see each other since she moved out to Terengganu. 

Dia macam ini tau, tang aku ada di rumah, member yang tak ada. Tang dia balik, aku pula yang tak ada! Stress mak kau ni nyah.

Kami rancang nak pergi ke Zoo Kuala Krai yang telah rasmi dibuka kepada orang awam. Namun, takdir Tuhan mengatasi tadbir. Kami hanya mampu bergambar berlatar belakangkan semak samun dan orang ramai yang berpusu-pusu keluar dari Zoo kerana kami datang pada waktu pagar sudah hampir ditutup. Cis, baru ingat nak jumpa member lama berkaki empat.

Pada keesokan harinya, kami singgah di Keopi. Kedudukannya agak tersorok ya kawan-kawan, seolah-olah tujuan penubuhannya tidak mahu dikunjungi orang, bebel aku kepada Hafisha. Sudahlah tersorok di hujung bangunan, di sebelah hutan pula. Namun, kedai bukan sekadar kedai ya tuan-tuan dan puan-puan, pengunjungnya tetap ramai. Maka kutarik kembali kata-kata demikian. Ampun tuan hamba atas kelancangan bicara sebentar tadi.


Estetik bukan?


Strawberry Soda, RM8. It tastes like typical soda drink for me.


Strawberry frape? I don't know. It costs RM12 and the taste is much more like yogurt, not really sweet.

Apart from that, we had a really good quick catch up. Kami juga berkepochi mengenai kehidupan rakan-rakan yang sudah mendirikan rumah tangga dan membicarakan topik-topik semasa sebagaimana rencam manusia di kedai kopi.


So, I guess it ends here until we meet again on September...?

Until then, bye!