Tiadalah hidup jika tidak kerana rahmatNya.
Berkelanalah engkau ke seluruh alam,
Melata jauh mencari jalan lurus.
Mencari sesuap kasih buat hati nurani,
Supaya nanti tidak kehausan di tengah jalan.
Menuju ke cahaya Ilahi bukanlah mudah,
Tidak beriman namanya jika tidak diuji.
Jika tersesat di celah alam yang kelam,
Carilah jalan lurus atas nama agama.
Sekalipun perlu kau membelah lautan,
Berpeganglah kepada petua dua wasiat.
Sudah dititipkan cahaya pedoman itu,
Untuk aku dan kamu di akhir zaman.
Petua dua wasiat itu kau genggam,
Buat jadi pedoman menuju jalan pulang.
Kembalilah dengan iman dan takwa,
Barulah sempurna ibadat peneguh itikat.
5/5/23 19:51