Nasib hidup di tanah,
Tiada yang indah.
Aku tak mahu bermadah,
Aku mahu kau tahu hakikat dunia yang sudah parah.
Sudah aku karang surat panjang,
Menyelusuri akar itikat sebagai pengajaran,
Untuk engkau,
dan adik-adikmu wahai sayang.
Mari ke sini dengarkan,
seuntai nasihat untuk dipegang.
Hiduplah engkau dengan pedoman,
Berjalan ke hadapan harus menunduk wahai anak budiman,
Yang mana tuan, jangan dilawan,
Sedar diri kau hanya picisan.
Hai anak yang berjalan tunduk,
Tiadalah merdeka jika yang arif tidak dirujuk,
Membetuli jalan tempat berinduk,
Agar tidak kau rebah terduduk.
Hai anakku,
Suatu hari bila kau dewasa,
Kau akan belajar mencari kasih,
Dari lubuk hati kau bermadah sayang,
Jangan sampai lembut gigi menjanjikan bulan bintang,
Kasih jiwa kepada dia jangan sampai curang,
Cukup setia kepada yang seorang.
Dengarlah wahai anakku,
Di tanah rendah usahlah berebutkan singgahsana,
Hiduplah kau di dunia, bersederhana,
Pada mata Dia yang melaksana,
Kau cumalah haiwan yang berkelana.
5/5/23 19:44