Hellooooo.
Lama tak menulis. Awal tahun haritu kekonon nak update blog setiap hari. Tak dapat setiap hari pun, sekurang-kurangnya seminggu sekali pun dah ok.
Namun begitu...
Biasa lah, hot hot chicken shit.
Ini ke yang dulu kata nak buat journal untuk kenangan anak cucu sendiri?
Ngeh.
Nevertheless, my life is doing so good so far. Kerja banyak tapi masih terurus. Dan yang paling best when I get to prioritise my mental health to the max. Balik sekolah, boleh tidur. Kalau lapar, masak, makan. Setiap hujung minggu I boleh balik rumah mak I.
Lalu, nikmat manakah lagi yang aku mahu dustakan?
Kehidupan I sekarang banyak laid back. Alhamdulillah. Rutin yang relaxed and easy-going. Kalau hari kerja, 5:30 pagi I bangun bersiap, Subuh 6:15, 6:40 gerak ke sekolah. 7 lebih-lebih sikit dah sampai sekolah. 7:40 mula kelas, pung pang pung pang bertekak berlari meniarap dengan budak, eh dah pukul 2? Ok, jom balik.
Biasa lepas balik sekolah, tenaga mak hilang macam baru lepas balik berperang. Dia ibarat macam memang aku lah yang terpaling letih. Bertekak dengan beratus budak setiap hari boleh menguji kesabaran jiwa dan raga mak wa cakap lu. Sebab tu, setiap kali I sampai ke rumah, even housemate sendiri pun tak nampak batang hidung mak tau, petang mak tukar shift jadi angkasawan. Kalau ada kerja tak settle, kebiasaannya 1 pagi I bangun. Kalau I tak larat, Subuh tu la baru orang lain nampak muka aku ngahahah!