Assalamualaikum.
Dulu waktu kecik-kecik aku suka main. Panjat pokok, panjat tiang, masuk parit main selut, terjun sungai senyap-senyap, main korek-korek tanah, memancing, main bola, kejar kambing, kejar lembu, you named it, semua aku pernah main. Itu belum masuk lagi cerita aku main pondok-pondok sampai curi periuk belanga mak kat dapur, main kejar-kejar dalam rumah, baling-baling bola kena lampu sampai rosak, pasang net dalam rumah main badminton hahah! Sehari kalau tak buat kecoh dalam rumah itu bukannya saya. Main baling-baling bantal kena kepala mak sampai kena marah, lol I was laughing so hard reminiscing about things that happened ages ago! 😅
Aku budak kampung aje, membesar dalam persekitaran kampung, jadi, aku banyak main. Berapa kerat aje member yang ada, kampung situ tak berapa besar, ulang-alik, ulang-alik, orang sama sahaja. Jadi, ikatan persahabatan antara kawan-kawan jiran yang sebaya sangatlah erat, buat benda bodoh sama-sama. Tapi biasa kalau dilanda masalah, depa lari dulu, tinggallah aku sendirian terkebil-kebil dimarahi nenek.
Tiap-tiap petang wajib keluar main. Tak boleh dalam rumah, sebab nak main police and thief. Kalau rajin, kayuh basikal pergi taman. Kadang tu sebab kalut nak main, solat Asar letak tepi dulu, yang penting main. Selesai main, baru solat. Atau kadang-kadang sebab sebelum Asar dah keluar, balik-balik dah nak dekat Maghrib, jadi, Asar memang tak solat lagi. Huh, dangkal sungguh! Jadi, disebabkan selalu sangat jadi macam tu, mak aku telah bertindak dengan lebih tegas supaya aku solat dulu sebelum main. Nak keluar bermain, solat dulu!
Atas faktor desakan, aku bertindak untuk akur dengan seruan itu. Tapi, aku kecik-kecik dah pelupa (Ceh, kecik-kecik dah nyanyuk) Setiap kali nak solat, kena pastikan dulu sebutan niat dengan sesiapa. Waktu tu cuma reti lafaz niat aje, tak faham maksud pun, orang suruh, kita ikut. Namun, berkat perkembangan otak, aku mula mempersoalkan setiap benda yang berlaku, kenapa itu kenapa ini. Kenapa tak macam tu, kenapa buat macam ini, tak boleh ke kalau tak buat ikut apa yang dia suruh, kita buat ikut kepala kita je? Toh diaaaa akaii panjang nak buat kepala sendiri, nak siapkan kerja sekolah pun menggigil, piiirah! Jadi, ada satu kali itu, tak ingat lah waktu tu umur berapa, sama ada aku masih lagi 6 tahun atau dah masuk sekolah rendah. Sebab mak selalu pesan suruh solat dulu sebelum keluar bermain, kalau tak solat lagi, jangan keluar! Jadi, kali ini sebab otak dah berkembang, aku dah tak buat crosscheck sebutan lafaz niat solat, kita tukar soalan lain. Kenapa nak solat baca niat tunai kerana Allah Taala, itu kalau solat sebab Allah, tapi saya nak solat sebab saya nak main bola, mak cakap kalau tak solat tak boleh main, jadi saya kena niat solat tunai kerana saya nak main bola lah. Oh deng :')
Aku tak ingat sama ada depa betulkan atau tidak pemahaman serong seorang kanak-kanak berfikiran cetek seperti aku, tapi aku rasa depa explained, cuma mungkin perkembangan otak aku masih tidak berlaku secara menyeluruh, aku tak rasa aku faham penerangan depa 😂 Persoalan berkenaan mengapa mereka berhenti untuk explained, berkemungkinan besar mereka mengalami tekanan perasaan, dilema memikirkan cara terbaik nak fahamkan aku hahah! Tapi, bila dah besar, dah ada akal nak fikir, aku rasa jadi keperluan untuk aku cari jawapan itu. Takkanlah selamanya aku solat dengan niat sebab nak main bola 😅 Oh diriku, malu sungguh dengan pemikiran serong itu.
Toodles!