Tuesday, March 19, 2024

To Live Where My Heart Belongs To


Cantik kan langit?

Langit senja 6 Ramadan. 17 Mac 2024. Ahad.

Langit rumah nenek I. Langit kampung.

Tenang kan?

I sebak tengok gambar ini. Dia ada semacam rasa nostalgia. Suasana yang mesra. Seolah sahabat lama bertegur sapa. Seperti berkata: "Aku masih di sini untuk engkau, untuk seratus tahun lagi, sehingga waktu memanggil aku pergi."

Maka, aku diam di situ untuk sedetik lama. Bersapa angin dan alam.

Untuk sedetik, aku bertanya kepada tuhan, apa bisa jika aku masih lagi mahu bermain di tanah ini? Kerana sungguh, jiwa aku tidak pernah meninggalkan tanah daratan ini selama kepergian.

Tiba-tiba sebak.
Kitonyo manjo.



Ada ketika, tuhan seolah belikan waktu, untuk aku, dan ibu. Tak lama, dan aku sentiasa meminta dan berdoa.

So, against all odds, against all logics, I still hope, to live, where my heart belongs to.

Amin.