Kematian itu,
Kematian yang tidak aku ratap dan bersedih,
Malah aku gembira,
Menyambut berita itu di angin lalu,
Kerana aku percayakan janji tuhan,
Mereka yang sudah pergi,
Telah selesai perjalanannya,
Bersemayam di singgahsana,
Menanti di pintu syurga,
Arakian hatta pengakhiran mereka;
Ketahuilah,
Setiap jiwa yang terpisah maut,
Harum darahnya bak gandasuli,
Bahkan mungkin bertemu impi;
Disambut kuda semberani,
Datang bersama pawana membawa berita,
Bersama bianglala menerbitkan kelemayar,
Gandasuli seolah menjanjikan malai buat jiwa yang menerima,
Demikianlah janji tuhan,
Yang aku juga impikan.
Sedang aku masih di sini,
Berteleku di pangkuan dunia,
Mendongak bertanya kepada alam,
Entah apa kesudahan aku yang masih di arungan,
Baik atau tidak.
Tinggal aku yang masih berjuang,
Seolah dandi ditelan selebu,
Kadang kalah diuji prahara,
Memilih antara yang hak dan batil,
Kerana sebenar ujian adalah untuk aku,
Kamu,
dan kita.
14:28 24/10