Thursday, December 15, 2022

Thailand Makes You Gain Weight!

Assalamualaikum.

Selain berrmalas-malasan pada waktu lapang, hobi aku juga mengisi perut kosong seperti orang yang sedang kebuluran kerana tidak makan selama beberapa hari.

Engko rasa kat mana tempat yang sesuai untuk orang yang mempunyai hobi seperti raksasa liar selain Thailand? Tak ada tempat lain dah selain situ!

Kenapa Thailand?

Sebab Thailand syurga makanan!

Oh dan juga... sebab Thailand je yang paling dekat dengan sempadan kita miahaha!


Hai kawan-kawan! Long time no see!


Oh, aku ke sana dengan mak aku, bapak sedara berserta rakan dan anaknya, Farah.

Hai, saya Farah! Kami berkongsi tahun kelahiran dan perangai yang sama! Selain itu, kami juga sering melakukan perkara-perkara bodoh dan menjengkelkan. Ok bye!


Kami bergerak seawal 7 pagi ke Rantau Panjang sebab niat nak pergi ke Narathiwat. Kalau gerak awal, boleh melencong lama-lama. 


Pagi tu mak kau breakfast minum air kosong je nok.


Nampak macam air kopi kan? Tapi sebenarnya tidak. Walaupun aku mempunyai hobi seperti binatang liar kelaparan, aku masih lagi mempunyai akal yang digunakan untuk berfikir dengan waras. Aku perlu menyediakan ruang perut yang lebih luas untuk mengisinya dengan makanan di Thailand!


Berserta roti canai *senyum kambing


Semua orang bawa passport. Kecuali aku sebab passport dah luput bulan 9 atau 10 kut tak ingat. Maka menggagaulah kau ke pejabat imigresen di situ nak buat boarder pass. Melayang 20 rengget.


Waktu nak check in di pejabat kastam Sungai Kolok, pegawai tu tanya nak gi mana. Aku jawab nak pergi seberang hahahah! Apakebodonya.


Susu krim ini wajib beli setiap kali ke sana!



Acara membeli minuman-minuman yang tidak boleh didapati di 7Eleven Malaysia.


Swafoto di dalam kereta pun nak bergaya nok.


Perjalanan dari Sungai Kolok menuju ke Narathiwat lebih kurang 80km. Lama dia, sempat gak a berswafoto sampai nak termuntah.


Inilah dia tempat kami melantak! Banthon Beach Narathiwat.


Cukup lengkap pakej. Makanan ada, pantai ada. Pemandangan dia lawa babe. Ko boleh fefeeling healing sorang situ. Aku pergi hari Rabu 7 Disember, orang tak ramai sebab bukan musim cuti sekolah. Syok wo, ko tak perlu bersesak-sesak dengan lautan masyarakat.




Tempat dia sesuai untuk orang yang gemar mengambil gambar.




Kan mak dah cakap! Tempat dia cantik! Ko memang boleh fefeeling di situ, berlakonlah sikit berpura-pura membalas mesej. Walhal sendu. Dah single tu buat je cara single. Ok?


Cantik kan mak kau ambil gambar.


Ada sekoq kucing ini duk datang menempel. 







Ko tengok je lah nok semua gambar kucing ini. Jangan banyak bunyi.



Lah ingatkan dah habis.


Sesi tayang muka 1.


Sesi tayang muka 2.

Kalau boleh lagi besar, aku besarkan lagi gambar itu.


Mak punya air teh hijau sebab mata ko dah berpinar, dah tak boleh nak buat keputusan nak air apa.


Mak nyesal tak beli air soda limau. Air ini sedap kot!


Siakap steam ini sedap. Orang kedai itu kata, kalau nak datang kedai depa, kena tempah awal-awal. Nanti depa pi turun laut cari hat segar punya. Tak, masalahnya hat tak segar pun sedap!



Udang kosong ini cicah sambal hijau dia tu pehhhhhh! Kena kena kena!


Sejujurnya, aku tak tahu apa nama masakan dia tapi rasa dia rasa typical masak kerabu tapi versi masam manis yang lebih sedap!


Aku tak pernah makan nasi dengan ulam jagung begini tapi yang ini sedap! Rasa dia sama macam kuah masak kerabu masam manis udang tadi. Dan jagung dia rangup!


Ini sama macam udang rebus tadi, cicah sambal hijau dia memang kecur air liur bak ang!


Wei, ko tengok balik gambar-gambar ini semua, rasa nak jilat skrin.


Tak silap aku yang ini isi dia udang, tak ingat tapi pencicah kuning itu manis.


Isi ayam kut tapi rasa dia sebijik macam ko makan bebola ikan.


Keropok ini paling sedap!


Hampir 7/10 keropok di atas pinggan, aku yang lahap.



Lauk-lauk tu semua ko makan dengan nasi memang meletup perut kau nyah. Aku sampai tersandar kekenyangan.


Kesimpulan dia, ko tolonglah datang ke kedai ini. Banthon Beach Narathiwat. Lokasi tu ko tanya je Google. Aku jamin ko tak akan menyesal. Banyak kali kot aku cakap SEDAP!


Makan dengan pemandangan macam ini pulak, memang kena.


Dah kenyang, ko berlari-lari pula di gigi pantai fefeeling romantik.





Meninggalkan jejak kasih di bawah langit Siam.


Ko boleh fefeeling Barbie di situ. Prop dia semua cantik.

Ko boleh ambil gambar puas-puas sebab orang tak ramai. Tak cukup situ, ko paksa pula orang kedai tolong ambilkan gambar kau.


Ini masjid ya tuan-tuan dan puan-puan. Dah sedap mentekadarah, ko jangan lupa Tuhan pulak.


Kita sambung isi perut lagi geng.



Orang lain tak sedia lagi mampus a, yang penting aku cantik.


Seperti biasa, sebelum makan, swafoto dulu. Ko nyampah, itu masalah kau, bukan masalah aku.


Binsu mangga dia sedap! Boleh cicah krim putar dan krim susu. Mak bagi 9/10! Binsu teh hijau dia pun sedak jugak tapi terlupa nak ambil gambar.


Tak cukup binsu mangga, kita tambah steamboat. Steamboat dia ada kuah, kuah tiram dengan kuah tomyam. Kuah tomyam dia sedap gilos! Perut aku memang dah betul-betul kenyang tapi aku boleh telan lagi kuah dia sebab sedap sehingga menjilat mangkuk wa cakap lu!

Oh, ini tiram yang pertama dimakan sepanjang hidup mak. Sedap gak a, kenyal-kenyal macam kerang. Mak suka makanan laut, jadi apa sahaja hidangan seangkatan dengannya, mak telan.

Ok lah geng, mak nak balik dah ini. Ko abaikan aje wajah-wajah yang terpampang dalam warkah ini. Eh suka aku lah nak tepek gambar besar mana pun.


Maka pulanglah kami ke sarang dengan hati yang senang.

Sampai rumah, saje la kan nak timbang berat kan kan kan.

Penimbang berat tu bengkek dengan aku la geng.

Naik 2 kg nok.

Baguslah, bagus.

Bagus.