Kau tahu?
Antara mimpi dan realiti,
aku seolah hidup di antara dua titik ini,
kerana tidak menyedari usia manusia semakin tua.
Yang demikian mengertikan aku;
bagaimana orang tua selamanya melihat anaknya bagai anak kecil,
begitu juga aku;
melihat mereka seperti waktu masih aku bertatih.
Tanpa menyedari kudrat mereka semakin tidak berdaya.
Sungguh, aku lupa usia kita bersama semakin mendekati mati.
Ya, aku seolah hidup antara mimpi dan realiti;
menyedari perbedaan namun tidak pernah mengerti.
Sukar untuk menelan hakikat sebenar kehidupan,
bahawa suatu hari nanti,
mereka akan pergi.
21/12/2022 14:17