Friday, December 31, 2021

#3 CURHAT: Tangan Durjana

Kuasa dipegang tangan durjana.

Ya, aku tahu,
dan aku tahu 'mereka' juga tahu.
'Merekalah' tangan itu.
Tangan durjana.

Rakus.
Ya, mereka rakus.
Lupa hakikat sebenar mereka.
Bukan terlupa.
Tapi pura-pura lupa.
Yang merana?
Aku,
dan kamu.
Ya, kita semua.
Rakyat jelata yang dianggap penderhaka.

Demokratik?
Berpayung?

Bernama.
Namun, seolah tidak bertubuh.
Tidak berperikemanusiaan.
Berkuasa.
Tapi, begitulah.
Seolah tidak berautoriti.

Wahai penakluk tanah.

Kredibilitimu telah dipersoal.
Tapi yang ditudingmu,
kembali kepada kami jua.
Ya, yang di bawah dipersalahkan.

Dijanjikan bulan bintang,
Bila tiba masa meminta yang hak,
Dituduh pula tidak bersyukur apa adanya.

Oh!
Kulupa lidah tidak bertulang.
Lakonanmu penghias zahir semata.

Teruskanlah wayang cerekamu di pentas dunia.
Pesanku satu,
tika berjalan.
mata biarlah ke tanah juga,
risau tersadung memakan diri,
kerana kukira begitulah selayaknya.

31/12/21 00:00