Sakitnya dipalu dunia,
Mahu dilalukan air,
Lagi perit ada.
Jalan pulang?
Cuba juga aku cari,
Namun sesat tidak ketemu,
Disuruh pulang,
Jalan jumpa pun tidak.
Kadang terdetik juga,
Tidak kasihkah Kau pada hamba?
Lama berfikir,
Lupa pula aku yang leka,
Terbuai indah dek sandiwara,
Buta dikalis api,
Tertelan jua dibadai gelora.
Hendakkan jalan pulang,
Diminta bayar harga korban.
Oh Tuhan,
Lupakah Kau,
Aku tidak berharta,
Tidak punya walau nyawa,
Untuk kutebus banyaknya dosa.
Maka kubilang sama diri,
Itulah,
Sudah dipesan usah bermain api,
Susah mahu lari nanti.
Padanlah dengan muka,
Padan.
26/8/21 13:28