Thursday, March 21, 2024

=/

Assalamualaikum,

salam 10 Ramdan Karim,

salam iftar 9:30 malam,

salam tak lalu makan,

salam tapi haus macam mintak kaki,

salam tidur 2 jam hari kedua,

salam barai,

salam sejahtera,

salam Malaysia Madani.

Rasa nak ambil cuti 2 minggu, balik kampung, melepet tidur dalam bilik jangan sesiapa kacau.

Bila nak cuti lagi...

Dua hari dah ni tidur 2 jam sehari. Pagi tadi pensyarah datang cerap PdP, gabung pulak dua kelas, masuk belajar dalam makmal komputer, dapat pulok yang duduk meja belakang pung pang pung pang, dengan tak minum tak makan, memang kombinasi terbaik johan peringkat kampung Desa Melati wa cakap lu. Lepas tu kau cakap dekat aku macam mana hari ini aku boleh tak bangun isi perut waktu maghrib?! Penang, kalau hari-hari macam ini, ksadnajfckwvmwkn 1214m2ir4@%$^$%^TGr,feve !

Tuesday, March 19, 2024

To Live Where My Heart Belongs To


Cantik kan langit?

Langit senja 6 Ramadan. 17 Mac 2024. Ahad.

Langit rumah nenek I. Langit kampung.

Tenang kan?

I sebak tengok gambar ini. Dia ada semacam rasa nostalgia. Suasana yang mesra. Seolah sahabat lama bertegur sapa. Seperti berkata: "Aku masih di sini untuk engkau, untuk seratus tahun lagi, sehingga waktu memanggil aku pergi."

Maka, aku diam di situ untuk sedetik lama. Bersapa angin dan alam.

Untuk sedetik, aku bertanya kepada tuhan, apa bisa jika aku masih lagi mahu bermain di tanah ini? Kerana sungguh, jiwa aku tidak pernah meninggalkan tanah daratan ini selama kepergian.

Tiba-tiba sebak.
Kitonyo manjo.



Ada ketika, tuhan seolah belikan waktu, untuk aku, dan ibu. Tak lama, dan aku sentiasa meminta dan berdoa.

So, against all odds, against all logics, I still hope, to live, where my heart belongs to.

Amin.

Sunday, March 17, 2024

Terpaling Life Update

Hellooooo.

Lama tak menulis. Awal tahun haritu kekonon nak update blog setiap hari. Tak dapat setiap hari pun, sekurang-kurangnya seminggu sekali pun dah ok. 

Namun begitu...

Biasa lah, hot hot chicken shit.

Ini ke yang dulu kata nak buat journal untuk kenangan anak cucu sendiri?

Ngeh.

Nevertheless, my life is doing so good so far. Kerja banyak tapi masih terurus. Dan yang paling best when I get to prioritise my mental health to the max. Balik sekolah, boleh tidur. Kalau lapar, masak, makan. Setiap hujung minggu I boleh balik rumah mak I.

Lalu, nikmat manakah lagi yang aku mahu dustakan?

Kehidupan I sekarang banyak laid back. Alhamdulillah. Rutin yang relaxed and easy-going. Kalau hari kerja, 5:30 pagi I bangun bersiap, Subuh 6:15, 6:40 gerak ke sekolah. 7 lebih-lebih sikit dah sampai sekolah. 7:40 mula kelas, pung pang pung pang bertekak berlari meniarap dengan budak, eh dah pukul 2? Ok, jom balik.

Biasa lepas balik sekolah, tenaga mak hilang macam baru lepas balik berperang. Dia ibarat macam memang aku lah yang terpaling letih. Bertekak dengan beratus budak setiap hari boleh menguji kesabaran jiwa dan raga mak wa cakap lu. Sebab tu, setiap kali I sampai ke rumah, even housemate sendiri pun tak nampak batang hidung mak tau, petang mak tukar shift jadi angkasawan. Kalau ada kerja tak settle, kebiasaannya 1 pagi I bangun. Kalau I tak larat, Subuh tu la baru orang lain nampak muka aku ngahahah!



Ada nampak macam muka mak tertekan tak?

Tak!

Sebab mak bergumbira!

Gumbira sebab hampir tiap-tiap minggu mak boleh balik Kelate!

Kalau di KL, housemate aku tak nampak muka aku sebab aku tak keluar bilik, di Kelantan pulak, orang kat rumah tak nampak muka aku sebab pukul 1 pagi baru balik rumah! Hshshshs

KL drained my energy.
Meanwhile, Kelate recharge my social battery.
Gicu.



By the way, semalam first time mak keluar moreh ramadan tahun ini. 



The perks of going back to hometown. Kau ingat kalau aku tak balik tu aku nak ke keluar moreh malam-malam buta serupa gadis liar akhir zaman. 

Duk KL memenatkan.
Mungkin faktor tempat carik makan.
Kau ada mind set untuk sentiasa bekerja.

So, kalau penat, balik.

I sampai sekarang teringat, orang cakap:
When you're missing the sense of direction, go back to your hometown. Because that's where the heart is.

And, they're right. 

Tetiba masuk babak sebak.

On top of that, Alhamdulillah atas segalanya.


Mak happy.

Dan mak akan terus happy.

Until then, bye!